THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

mutiara hati

Monday, January 31, 2011

BILA DIRI LUPA AKAN UKHRAWI...


Doa Berlindung Dari Segala Bencana Doa Mohon Terhindar dari Syirik. Maksudnya: "Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari menyekutukan sesuatu . keselamatan dari segala bencana dan dijauhi dari gangguan syaitan. .Amalkanlah membaca doa ini selalu, paling kurang sekali seumur hidup. . berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, .Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kekafiran dan kefakiran. . Doa Qunut Nazilah dibaca ketika kaum muslimin terkena bencana, ancaman, penganiayaan, penindasan musuh-musuh .Amalkanlah membaca doa ini selalu, paling kurang sekali seumur hidup. . berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, .oleh : Abu Bakar bin Muhammad Ali al-Atsari Ya Allah, aku memohon . Nya dari segala adzab dan bencana dengan menghindarkannya dan menjaganya dari semua jenis .

aeni g kelas cam biase...
ehhh,,,sg semue pon aeni...duk sebok nk wat ishbat tholib...
lau xde tuh,,,xle wat visa,,,jd penduduk haram la t...
pagi2 da beratur....
berasak2 dlm tempat byr yuran tuh...dalah g sowg...
penat2...
beratur sana,beratur cnih...
nilah hidup berdikari...xpaham aper y dyowg cakap,xmasal kn tengking...
naseb bek aer mata nih x trun...lau x,,,
kecoh...takot jd rusuhan...

erm,..
cakap sal rusuhan...
i got lot of friends at mesir...
sebelom nih x taulah lak terok...ingat biase2 jer...
al-maklumlah,,,bz dgn madah y xsuda2 kn tukar nih...
upe2nye agak terok..

tetbe teringat ade save no kawan kat saner...
try kol...
n dapat,,,
dilen!!!pekaba!!!...kowg ok x???
tau per y dy jawab???
gelaaak!!!
perhhh~ memg selamba r my frends..tah paper dyowg semue...
tp pas dyowg cter per y berlaku..
agak gerun gak r,,,jantungberdenyut lebih kencang...
takut tuu~

dyowg memg x kuar da dr umah...
duk senyap jew....
nk kuar dr kul 8am-2pm jer....
Semua da berkumpul kat umah negeri masing2...n diowg diawasi oleh sesama dyowg jer...
yerla...
saper k ngaku dy polis lam time gnih...tentera lak duk sebok nk jg rumah p.m dyowg...
aperla nsib kawan2 kiter...harap2 mereka selamat...xkan kene paper...
lau dpt balik t...mintak2 dyowg sampai ngan selamat...insyaalllah..ameen~


kiter x dapat nk ase...
tp just dgn tgk jer,,,da ase takot...nikan plak kawan2 y ader kat saner...
bunyi peluru biase da kot...
mcm palestin plak ase....
nilah y jadi biler seseorang itu melupakan akhirat n menganggap diri dia ialah pemerintah y pling berkuasa n 
diri dylah tuk selamanya...~
jadikan ini sebagai peringatan hidup kita semue...


nilah wajah2 rakan tieya y belaja kat mesir...
harap mereka semua selamat....
dilindungi n dpeliharai bersama ayt2 al-quran y sedg mengalir di dlam bdn mereka...
begitu jua kiter semue....
ameeen!~
moge ukhuwwah fillah y dibina kekal tuk selamanya!





the words from an intellegent person


erjemahan dari al-Jazeera:

Syeikh al-Qaradawi Seru Mubarak Lepas Jawatan
Full nameYusuf al-Qaradawi
يوسف عبد الله القرضاوي
BornSeptember 9, 1926 (age 84)
GharbiaEgypt
EraModern era
RegionMuslim scholar
SchoolSunni Islam

Ketua Kesatuan Antarabangsa Cendekiawan Muslim, Syeikh Yusuf al-Qaradawi, meminta Presiden Mesir Hosni Mubarak agar mengangkat kaki secara pilihan sebelum beliau akan pergi secara paksaan. Beliau perlu mengambil pengajaran dari nasib Presiden Tunisia, Zine el Abidine Ben Ali. Syeikh Yusuf al-Qaradawi menggambarkan sistem pemerintahan Mesir sebagai tidak mengerti dan tidak berfikir.Ianya buta tidak melihat, tuli tidak mendengar, serta bodoh tidak memahami.
Al-Qardhawi menyeru Mubarak melalui al-Jazeera katanya, "Undurlah, wahai Mubarak, jika ada di hatimu sedikit rasa belas kasih, atau ada dalam kepalamu sedikit akal yang berfikir". Beliau meminta Mubarak agar merasa belas kasihan terhadap dirinya sendiri serta ahli keluarganya. Kuasa kerajaan itu jika dianggap sebagai peluang keemasan maka cukuplah tempoh tiga puluh tahun itu, dan jika dianggap sebagai hukuman denda pula, maka cukuplah juga tempoh tiga puluh tahun itu.

Al-Qaradhawi menyarankan Mubarak agar melepaskan kepimpinan serta meninggalkan Mesir yang sudah kerugian dan kehilangan wangberbilion-bilion. "Jangan kamu hancurkannya dan duduk di atas kehancuran tersebut. Pergilah, wahai Mubarak". Beliau menambah bahawa puluhan pemuda telah gugur dalam tempoh satu hari dalam menuntut hak mereka, "Tapi kamu dan askar kamu pula telah membalas mereka dengan peluru hidup."
Al-Qaradawi menambah, "Tidak ada lagi tempat untukmu, wahai Mubarak. Saya minta kamu untuk keluar mengangkat kaki", untuk diadili dan dibicara sesudah itu oleh mahkamah awam dan bukannya oleh mahkamah tentera, "yang kamu bina untuk mendakwa pihak lawanmu, lalu kamu menghukum mereka dengan hukuman yang zalim", di bawah undang-undang darurat, dan sesungguhnya "bagi orang zalim itu ada kesudahnnya, dan tidak ada seorang pun yang mampu untuk melawan sejarah. "

Syeikh al-Qaradawi menganggap bahawa Mubarak tidak memahami mesej dari rakyat, malah keluar dengan ucapan yang menunjukkan bahawa ia tidak merasakan apa yang terjadi. Dia berada "dalam dunia yang bukan dunia kita, tidak merasa kelaparan orang yang lapar, atau kesakitan orang yang terluka," dan mempersoalkan pula faedah untuk membubarkan kerajaan, sementara ia tidak mengatakan apa yang seharusnya dikatakan iaitu membubarkan Dewan Syura dan Dewan Rakyat serta menghapuskan undang-undang darurat.


Rakyat dan Tentera
Dalam ucapannya, al-Qaradhawi mengalu-alukan rakyat Mesir atas kebangkitan mereka melawan situasi korup yang telah banyak mereka bersabar terhadapnya, seperti kesabaran mereka melihat ramai orang mengaut kekayaan negara serta menikmati keuntungannya, sedangkan mereka tidak mampu mencari makanan harian mereka.

Beliau menggambarkan kebangkitan rakyat Mesir sebagai pemberontakan secara aman, tidak ada kayu mahupun senjata, bagi menuntut kehidupan yang lebih baik serta rezeki yang halal, akan tetapi mereka dikejutkan pula dengan peluru hidup dari pihak pengawal keamanan, menyebabkan puluhan orang terbunuh.

Beliau menekankan bahawa para penunjuk perasaan yang sebenar tidak bertanggungjawab menyertai sebarang kes PENCURIAN ATAU PENJARAHAN. Beliau menasihati mereka, "Janganlah kamu sekali-kali memanjangkan tangan pada mana-mana harta milik institusi awam ataupun swasta, kerana itu adalah HARAM."

Beliau turut menyatakan rasa bangga dan hormat terhadap tentera Mesir serta menyeru mereka untuk melindungi negara Mesir di masa mendatang tanpa campur tangan dalam hal pemerintahan. Beliau menuntut pihak tentera agar menyerahkan hal kuasa pemerintahan kepada rakyat dan pemilihan presiden dibuat sesuai dengan dasar-dasar syura dan juga demokrasi.
Sumber: al-Jazeera.

Ulasan:
Kebangkitan rakyat Tunisia dan Mesir menuntut sistem pemerintahan yang lebih bersih dan adil patut dijadikan iktibar oleh pemimpin-pemimpin dunia Arab dan juga dunia Islam secara umum..